Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

31.12.2015, last entri untuk tahun ni…. Tamatlah perjalanan hidup bagi tahun 2015. Segala kenangan pahit manis sepanjang 2015 akan terus tersemat dihati. Dalam melayari kebahagiaan dalam kehidupan, tiba-tiba kita diuji dengan perkhabaran yang amat pedih. Sekitar Mei 2015, saya menjalani 2 pembedahan . Alhamdulillah..dah sihat selepas itu. Sangkakan panas berpanjangan, tiba-tiba halilintar memecah bumi---> tu diaaaaa…jiwang karat dah.. Haha.. Sekitar akhir Oktober 2015 mendapat perkhabaran yang agak buruk. Namun, harus redha & terimanya dengan terbuka. Saya pasti, pelangi akan muncul lagi..Cuma saya perlu bersabar.

Oklah..semoga kita semua tabah menghadapi tahun 2016.. Tahun 2016 yang bagi saya adalah permulaan yang penuh cabaran untuk kita rakyat Malaysia. Harus bersiap sedia dengan kos sara hidup yang makin meninggi. Apa-apa pun, kita doakan semoga kita semua mampu menghadapi krisis ini dengan sebaiknya. bertabahlah semua rakyat Malaysia. Semoga segalanya dipermudahkan. Dan bagi diri sendiri juga, semoga saya dapat menempuhi 2016 ini. Ada cabaran besar untuk saya hadapi.. 14.01.2016 saya akan menjalani pembedahan. Doakan saya semoga dipermudahkan segalanya. Apa yang berlaku ni terlalu pantas & mengejut. Saya akui, saya masih sukar untuk terima hakikat... tapi saya cuba redha & cuba jalani kehidupan seperti biasa. Penguatnya, suami, anak, keluarga & sahabat saya semua. Terima kasih semua….

Random Disember 2015


Senyum dalam kepahitan

Asya & cupcake

Teringin nak makan nasi kukus Dusun Nyior yang agak femes kat sini.
Tq papa Fasya, sebab tunaikan permintaan ni.

Kesian asya... dan-dan je posing untuk mama, 
papa lalu dengan penyapu lak.

Ok,,,kita snap semula

Pekena Roti Tisu ala-ala topi ahli sihir dah.

Keluar awal pagi ikut mama kepersidangan perbentangan budget 2017..
Haha tipu je..

Take five...

Balik taklimat tu, survey meja makan.. 
Memang tunggu Y.E.S , rasanya yang mana pilihan saya?

Belanja fasya makan di De Floria Cafe...
Pic yang bawah tu Grill Beef Burger. Recommended sangat!
Sedap & harga berbaloi-baloi... Just RM8

Ambil cuti panjang Maulidur Rasul & Krismas baru-baru ni ke Gio Mall. Kat sini pelbagai butik ada , seperti Bella Ammara, Catleya, JubahSouq dan macam-macam lagi. Tapi hari saya pergi 24.12.2015 butik-butik tu belum buka lagi. Grand Opening untuk butik2 ni keesokkan harinya. Tak kisah pon, sebab saya kesana bukan nak masuk butik-butik pom..Just nak cari kain kat Gio Fabric.. hehe.. dah jumpa kain baju raya 2016. Haha.. Cepat sungguh kan?? Saya selalu ambil peluang sales akhir tahun ni untuk beli kain pasang ni. Bayangkan kain yang saya beli ni harga normalnya ialah RM17++ semeter, dan saya dapat pada harga RM8++ semeter.

Misi mencari barang-barang. 

Kalo bulan 12 ni, kat mana-mana mall pun memang meriahlah deko-deko krismas ni.

Aummm.. pekena aiskrim dulu..

Finally jumpa apron for kid ni kat Daiso. 
Saya beli juga sebab apron ni akan digunakan untuk subjek Dunia Seni Visual kat sekolah. 
Selama ni Fasya pakai apron besor mama je..

Oklah... sekian secebis kenangan untuk tahun ni. 
Semoga kita semua mampu menempuhi tahun-tahun yang mendatang ini...
 Selamat Datang 2016

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 
Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, December 28, 2015

Pusat Rawatan Ayah Chik Dungun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Sekarang kita dah berada di penghujung tahun 2015, hanya beberapa hari lagi sebelum memasuki tahun baru. Cepat sungguh masa berjalan kan. Terima kasih saya ucapkan atas segala kata-kata semangat untuk entri sebelum ni.Ya, untuk saat ini saya diuji…malahan saya dalam fasa menempuhi ujian ini & cuba untuk menghadapinya. Sesungguhnya, saya redha & akan cuba bertenang menghadapinya. 

Oklah, saya just nak share salah satu pusat rawatan yang mengunakan kaedah ayat suci Al-Quran , iaitu Pusat Rawatan Ayah Chik. Rupanya sangat femes dia ni. Kalau google, dah dapat liputan daripada akhbar tempatan. Lokasinya terletak di Dungun , Terengganu. Nak pergi ke rumah dia pon sangat mudah. Guna je app Waze & search rumah Ayah Chik Dungun… confirm jumpa.

Semasa sampai tu dalam pukul 10am++.. Orang memang dah penuh. Daftar & ambik no giliran, dapatlah no 32. Yang datang pulak dari pelbagai negeri. Sampai turn saya, Ayah Chik just tanya berkaitan masalah kesihatan yang dihadapi & terus tekan pada bahagian tersebut sambil membaca surah Al-Quran. Tak diakui, memang rasa sakit sikit semasa ditekan tu. Tak sampai 10minit pon , dah siap. Bayaran plak seikhlas hati kita. Ada disediakan tabung macam kat masjid , selepas berubat kita masukkan je seikhlas hati kita..

Ini sebagai salah satu ikhtiar.Papa Fasya lah bersungguh bawa saya berubat cara alternatif jugak. Manatahu, dengan izinNya, berlaku keajaiban. Sebab baru sekali pergi, jadi saya tak leh nak share lagi perubahannya.. Tak pelah, selagi ada jalan, cuba ikhtiar.

Balik daripada berubat tu, singgah Romantika Decomart, cuci-cuci mata & adalah jugak tersambar untuk deko-deko kat rumah. Alang-alang ambil cuti, guna peluang tu bawa Fasya tengok wayang cerita The Good Dinasour. Dah lama jugak tak masuk panggung ni. Ending cerita dia memang sedih giler.. Fasya sampai tahap tangkap leleh.
Sebelum bertolak pagi tu.. Dan-dan je time mama snap pic dia, terbersin…

Singgah tengok wayang.. Selepas beli tiket wayang, kita kenyangkan perut dulu.

Cerita belum start, sempat pusing mall seround… 
Sambil-sambil snap pic kat photobooth ni

Happy sangat dia leh tengok filem The Good Dinasour ni.
Ending dia sedih… sampai menangis Fasya dibuatnya.
Betul-betul menghayati ni..

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 

Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, December 14, 2015

Stay Strong...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Makin merudum nak menulis blog sekarang. Baru je bersemangat, tiba-tiba datang ujian yang hampir meranapkan segalanya. Siapa sangka, pengakhiran 2015 saya diuji & permulaan 2016 yang akan saya hadapi dengan penuh cabaran. Saya tak tahu macam mana untuk hadapinya, cuma saya berharap...saya MAMPU menghadapinya. Semoga Allah membuka sepenuhnya pintu kesabaran & keredhaan dalam hati untuk menerima ketentuNya. It's ok... sejak dulu saya dah terbisa berada dalam situasi yang agak teruji, sejak dulu. Cuma kali ni, agak berat.... sob..sob..sob.... Insyallah, suatu masa nanti, kalau saya bersedia...saya akan share agar kisah saya dijadikan iktibar..Itu kalau saya bersedia.. Kalau ditanya saya ok ke??? Jawabnya, "saya sangat-sangat tak ok".. Huhu.. Serba tak kena.. sentiasa berdebar menunggu detik-detik yang akan saya lalui. Seksa kot nak melalui hari-hari seperti tidak berlaku apa-apa... Ok lah... letih kot nak fikir-fikir semua ni.. 


Simpan kenangan sepanjang zaman kat sini ;-)

Ogos 2015
Survey-survey perabot rumah.. 
last-last sofa ni menjadi pilihan hati..

Asya in action

Mood berselfie

September 2015
Dengan kakak anah

Perasan comel..
ye la..awak paling comel buat mama..

Oktober 2015
Asya Love Mama..

November 2015

 
Kiri : Senyuman pengubat mama
Kanan : Salah 1 hadiah besday dia.. Yang lain x sempat snap..sebab buka awal sangat hadiah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, December 7, 2015

Cabut Gigi : Pengalaman Pertama Melalui Suntikan Bius

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

26.11.2015 yang lalu, sempat bawa Fasya ke klinik gigi. Itu pun sejak berhari-hari mengadu sakit bahagian gigi geraham bawah.Memang dah teruk berlubang, nak tampal pun memang dah tak boleh. Sebenarnya dalam 2 bulan lepas dah bawak ke klinik gigi untuk cabut gigi yang sakit ni. Elok-elok je masuk bilik & terkejut tengok jarum terus nangis.. Haha. Sebelum ni dah 2-3 kali cabut gigi, tapi OK je, sebab cabut gigi sebelum ni tak perlu suntikan, Yang kali ni dia dah menyerah, ajak jugak cabut gigi.. Katanya," tak apalah asya tahan je la sakit kena cucuk tu sikit. Masa cucuk tu asya tarik nafas & baca Ya Latif " . Saya memang selalu ajar asya untuk amalkan Ya Latif kalau dalam kesakitan & kesulitan.. Itu juga amalan saya kalau sedang sakit & bermasalah. Gigi ni kena suntikan disebabkan keadaan & cengkaman gigi geraham lebih kuat. Jangan kata asya, mama pom part gigi2 ni memang takut. Saya sendiri, nak tampal gigi sampai ke hari ni tak pergi lagi, sebab takut.

Syukur alhamdulillah, semua dipermudahkan & asya good sangat. Mula-mula masuk bilik tu memang nampak muka dia cuak & nerves bila tengok jarum tu. Bila dah kena cucuk tu, ok je,,, Bila tanya sakit tak?? Katanya "sakit sikit aje... rugi tak cabut dari dulu. Ingat sakit banyak.." . Ye lah, rupa bentuk jarum tu pom dah lain macam, mana tak takut. Mama pon takut.. hehe.
Sementara tunggu turn 

Muka berdebauuuu

Lepas kena inject... tunggu kat luar dulu untuk pasti kan rasa kebas penuh.
Suh senyum..dah senget-senget senyuman tu

Proses cabut gigi..

Yeayyyy..berjaya...
insyallah seminggu dua lagi kita cabut geraham atas lak...
Tahniah anak mama...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, December 3, 2015

D.I.Y : Cara Hias Belon Harijadi @ Simple Birthday Background/Backdrop & Birthday Stick Banner

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ni nak share sikit idea express untuk buat backdrop/background birthday yang sangat mudah+cepat. Sesuai untuk yang buat persiapan last minute macam saya ni. Walaupun sangat ringkas, tapi bagi saya hasilnya boleh tahan menarik jugak.. Ala-lala 3D gittuuu...

Inilah birthday backdrop Asya yang super duper simple.

 Simple Birthday Backdrop


Banner Happy Birthday
Malas nak beli..lagi pon pakai sekali je kan, lepas tu buang.
Boleh type melalui Ms Word atau Powerpoint.
Yang saya ni just guna Power Point. 
Kaler biru Jean tu spontan.. Tiba-tiba dapat idea tema Jeans 
(Sebab dalam kepala otak dah ligat fikir baju yang nak pakai time birthday tu... Asya dress Jean, papa kemeja Jean & saya Blouse ala-ala kaler Jean).
Lepas printout, gunting & stapler je kat tali riben tu. 
Riben pon yang dah sedia ada.

Hasilnya...
Saya just lekapkan dengan clear tape di setiap hujung riben tu.
Jangan guna double tape, nanti kotor dinding.

Untuk belon idea spontan nak buat ala-ala belon gas gittu..
Just tapekan riben seperti bentuk diatas..

Birthday girl merangkap assistant mama

Pagi esoknya (hari majlis), baru saya lekatkan belon dengan clear tape seperti pic diatas..
3D gittu...

Hasilnya......

 Birthday Stick Banner

Untuk kek lak, saje nak buat daripada kebiasaan letak lilin & perkataan Happy Birthday..
So saya pilih untuk buat stick banner ni.

Just dengan bantuan google untuk image ni..
Dan edit melalui Power Point & Printout.

Ni image crown yang saya guna.. Saya masukkan perkataan melalui powerpoint & 
just printout atas kertas kaler.. Pic-pic lain dah tak jumpa...

Hasilnya setelah diletakkan pada lidi.


Teruja dia tengok mama buat birthday stick banner ni

Taraaaaa...
Birthday girl sangat happy.. Mama pon sangat happy bila anak gembira dengan apa yang kita buat.
Insyallah, selagi termampu, mama akan sentiasa membahagiakan asya. Moga asya pom bila besar nanti jangan lupa diri & sentiasa ingat pada mamapapa.

Lain-lain projek DIY saya seperti goodies, birthday background leh KLIK SINI .

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) H.O.L.I.D.A.Y (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) mama+papa+fasya (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) fasyafrinatraveltales (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)