Monday, July 17, 2017

Aidilfitri 1438H : Part 1

Assalammualikum & Salam Sejahtera

Salam Aidilfitri buat semua.. Masih dalam bulan Syawal kan, jadi belum terlewat nak wish. Hehe. Orang lain dala lama up n3 raya, kt baru nak up. Bukan apa..sebenarnya tak de mood + kesihatan tak mengizinkan selepas raya baru2 ni.Selesai buat 1 prosedur kat hosp baru-baru ni, seksanya nak menghadapi effectnya. Dengan kehilangan penglihatan beberapa jam. Lepas saya dah OK sikit, Fasya pula tak sihat. Meh share serba sikit perihal kenangan hari raya baru-baru ni. Nak bercerita panjang memang tak lah.. Hehehe.. Tak tahu ada berapa part... Ikut pada kesesuaian. 

1 Syawal 1438H

1 hari sebelum raya, siap bz dengan urusan kat hosp seperti ambik darah bagai.. Mujurlah time raya sihat walafiat. Tapi sihat pon, setara mana sangat kan. Tahun ni bersedodondon warna Tiffany Green/Mint Green. Baju last minute  sebab peristawa baju raya yang sepatutnya hancur berkecai. Tahun ni, banyak baca kisah problem baju raya..cuma saya takdelah cerita ketidapuasan hati dekat FB/IG or media sosial sebab still fikir perasaan orang. Tak pelah, mende dah nak jadi kan. Setiap berlaku ada hikmahnya. Mujur lah baju kita orang 3 beranak ni tailor lain sanggup ambik tempahan 2-3 minggu sebelum raya sebab kesiankan kita orang. Dan puas hati jahitan kemas + upah murah. 

Anak dara mama di pagi raya.. Macam biasa, sebelum gerak ke rumah mertua mestilah selfie-selfie kenangan dulu. Kalo time raya memang saya akan snap pic terbaik untuk kenangan masa depan.

Mama love fasya .
Bunga organza+manik kat baju & lengan saya jahit sendiri last minute.
Sebab rasa kosong sangat. 

3 of us

Pagi raya gerak ke rumah mertua dulu.. 
Makan-makan & bermaafan sambil hulur duit raya. Hehehe.

Acara gambar family mesti ada.. Tapi tak complete ni.
MIL nampak muda nawww...

Dalam pukul 11am gerak ke rumah family saya.. Jumpa adik-beradik walaupon tak complete lagi.
Lepas tu kita orang start konvoi rumah mak+ayah sedara dekat kampung.

Lepas Asar gerak ke rumah mertua balik. Berkonvoi ke rumah family mertua plok.
Sambil tu..snap-snap dulu. Hasil bidikan anak mama ni. Dah boleh harap. Hehe.


Ni anak dara mama yang snap.
Tengok pic ni raya macam pasangan pengantin baru lak. Hehe

Random 1 Syawal... sebenarnya banyak pic lagi...
 Tp cukuplah upload yang ni jer.

2 Syawal 1438H

Bangun pagi..kemas-kemas rumah. Sebelah pagi just duk kat rumah, selepas solat Zuhur baru gerak ke Dungan rumah family ayah mertua.

Kebetulan sepupu papa dari KL datang. 
Pagi tu buat MeeHoon Singapore jer.

Lepas zuhur terus bersiap ke Dungun. Gerak skali dengan sepupu Fain. Sebelum tu kita wefie kenangan dulu. Hehe.

Trend masa kini.. Baru ku tahu jari macam tu bermaksud Mini Love / Small Heart. 
Hehehe.. K Pop sangat tau.

OOTD 2 Syawal... 
Team Grey...


Random 2 Syawal .
 Syok kumpul ramai-ramai macam ni. memang meriah sangat.

3 of us.
Ni jer pic bertiga.. hehe

3 Syawal 1438H

Raya ke-3 tak beraya kemana sebab nak memasak untuk makan adik-beradik. Memang berdebar nak masak banyak² ni. Tapi mujurlah masak sama² dengan papa Fasya. Tak de lah penat sangat.

Bersiap nak breakfast & ke pasar.
Tak delah nak berbaju raya. Hehe. 

Rombongan cik kiah ke pasar.

Elok je sampai rumah. Kawan papa call nak datang. Alamak! Laju-laju sarung apron buat spagheti Oglio Olio. Sebab tu yang paling senang. Kebetulan memang ada bahan dia.

Twin baby. Anak kawan papa. Kita nak timang anak memang xde peluang dah. Jadi pinjam baby orang jer lah. Lepas geng fain balik... Laju2 salin baju sinsing lengan start memasak. Fuhhhh !

Ngam-ngam siap memasak. Dah siap masak, terus mandi & bersiap. Tak sempat sarung baju raya pom. Sarung je baju sedia ada. Alhamdulillah, dalam tak sihat ni banyak jugak boleh memasak. Saya jamu nasi putih + lauk pauk melayu kite. Sebab musim raya ni mesti rindu nak makan nasi putih. Menu saya masak, Singgang ikan aya, masak lemak daging salai cili padi, ayam paprik, kubis goreng dan ulaman. Alhamdulillah..licin.

Ni kakak ipar... 
Sepupu rita rudaini ni. Hehehe

Random 3 Syawal. 
Memang terasa meriah sangat berkumpul adik-beradik + sepupu dari KL.

4 Syawal 1438H
Dah plan nak rehat kat rumah jer. Sebab penat memasak semalam. Tapi kalo tetamu nak datang ok jer. Saya tak de buat konsep open house. Sape² nak datang roger jer. Kalo ada bahan & sihat boleh masak-masak sikit. Raya ke-4 ni saya cuba masak Mee Hoon Sup.

My bff datang beraya.

Sebelah petang sikit bersiap elok sikit sebab staff ofis papa Fasya nak datang beraya.

Ootd sekali. Hehehe. Pom tak pakai baju raya. Mix n match je blouse & skirt. Sebab lepas tetamu balik terus nak ke pawagam. Just salin seluar jer lah.

Random 4 Syawal .
Alhamdulillah..

Lepas tetamu balik. Kemas-kemas sikit..salin seluar jer . Terus gerak ke pawagan. Tiket ni abang ipar dah booking awal-awal. Weols beraya dengan optimus prime & bumblebee.. Citer ni berat sikit daripada sekuel sebelum ni.

Berikut adalah status keadaan saya yang membuatkan saya semakin lemau nak update blog & IG. Kadang badan terasa terlalu lemah. 
Sebab malas nak menaip & cerita semula... just printscreen je lah.. Hehe

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Wednesday, June 21, 2017

Penghujung Ramadhan & Salam Aidilfitri

Assalammualikum & Salam Sejahtera

Saya kira ini entri terakhir untuk Ramadhan tahun ni. Ramadhan tahun ni agak suram disebakan kesihatan diri yang kurang baik ni. Harap time raya nanti boleglah bertahan. Dah di penghujung Ramadhan, semoga diberikan rezeki untuk kita bertemu kembali pada Ramadhan akan datang. Semoga segala amal ibadah kita diperkenankanNya. aamin. Sekarang mesti ada yang dah mula cuti raya. Saya last kerja esok (22.06.2017). Cuti seminggu dan masuk kerja balik pada 2 July 2017. Pada yang pulang ke kampung, moga selamat sampai ke destinasi & berhati-hati di jalan raya. 

R.A.N.D.O.M
Ada juga pic dekat background hari raya dalam mall.

Macam biasa, persiapa raya mesti utamakan untuk anak. Untuk mamapapa simple aje. Fokus, sedondon raya pertama lah. Macam saya memang akan buat lebih baju kurung, sebab baju raya akan jadi baju kerja harian. Akan pakai sampai lebam. Tapi mujurlah semuanya settle sebelum puasa dulu lagi. Kalo tak, tak tahu lah camner. dengan kondisi mama yang tak seberapa ok bulan puasa ni. Biasa kalo saya jumpa yang sales+murah-murah terus ambik saiz yang budget boleh simpan sampai raya. Ada 1 jean tu pernah saya beli time umur 3 tahun, tapi umur 7 tahun baru leh pakai. Haha. Tapi berbaloiiii.. 

Pic minggu lepas. 
Jumpa background comey ni, terus suh snap pic.
Pic beberapa hari lepas. Berbuka dengan tokma.
Mama off dapur. 

Tudung ni beli nak buat raya... tapi dah pakai. Haha.
Tudung RM10 jer kat pasar malam. Asal cantik dan material cun.

Night at Pantai Teluk Chempedak

Me & mini me
Last week, sebelum pergi sekolah sempat snap pic. Tup tup dapat whtsapp dalam group kena pakai uniform sekolah. Laju-laju masuk rumah salin baju. Kalo dah dalam perjalanan pergi sekolah, memang naye lah nak patah balik. Jauh tu..

Trademark. Swafoto cermin.
Haha..

Ni surprise dari anak dara.
Ada sokmo hahaha...
Apa-apa pun mama sangat hargainya.

Alhamdulillah. Rezeki join contest #KFCsuperjimatBox kat IG. Dapat t-shirt ekslusif & 1 set snack plate untuk Fasya. Dah selamat redeem set snack plate untuk Fasya.

1. Ayam Percik Putih Kelate + Sup Tulang dari mama
2. Singgang Sotong + Fishball Goreng Tumis Sayur
3 Sayur Kolok Moden + Lala Goreng Katok Serai
4. Daging Salai Masak Lemak Cili Padi + Kepah Tumis Berlada
5.Asam Pedas Ikan Pari + Sotong Goreng Kunyit

Sepanjang Ramadhan ni, 5x jer berpeluang memasak. OK lah tu, at least berasap jugak kan. Time rasa gagah perkasa kita masak. Time rasa tak sihat, berbuka kat kedai, rumah mama or mertua. Gitu jelah putaranya. Padahal sebelum puasa dulu dah siap list menu nak masak sepanjang ramadhan ni. Tahun ni pon tak jejak sekali pom lagi kat PARAM. Tak mampu nak bersesak dalam keadaan macam ni, takung tumbang.. Haha

Deko raya.. Hehe. Nak letak kat ruangan meja makan. Poster cun ni saya beli kat geng deko dalam IG. Boleh search IG @eyyaaa . Berbaloi-baloi. 

video
Jom cari mood raya. Tahun ni uols tema kaler apa? Kita orang theme Tiffany Green tahun ni. Haha.  Baju raya kita tahun ni tragis sikit. Sedih..sob..sob..sob.. Tapi last minute mujur ada tailor lain sudi jahitkan semula baju baru. Banyak betul dugaan kali ni. Nak cerita pon pasal baju tu dah rasa malas.  
Tengoklah kalo rajin lepas-lepas ni.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Sunday, June 18, 2017

Berbuka Di Jaman Tory Resepi

Assalammualikum & Salam Sejahtera

Last week kot, teringin nak makan ikan pekasam. Since mulut tak sihat ni, asyik nak makan yang ada rasa masam²+masin jer. Kat sini memang terkenal dengan masak lemak daging salai cilipadi & patin bakar tempoyak, siap berapi-api bila hidang tu.

Sempena Ramadhan ada buffet special. Saya just ambil yang set C .
Nasi putih & minuman boleh tambah free jer .

Kita booking dulu. Tapi full house! Memang dah penuh orang booking. Jadi terperosoklah kat belakang kedai. Memang dah dibukakan kanopi besar. Bayangkan tingkat atas, bawah, depan,tepi & belakang kedai full. Katanya, biasa orang booking sehari sebelum. Kalau walk-in camni nasiblah.

Sementara tunggu waktu berbuka.
Sempat penuhkan insta story mama dengan app baru kat IG.

Alhamdulillah. Dapat jugak merasa walau tak dapat makan banyak & habiskan. Masa ni sakit sangat lagi nak makan. Sekarang baru OK sikit. Dah boleh makan banyak sikit & mula berselera. Tu pom lepas blood press terlalu rendah. Cuba juga paksa makan banyak sikit walau sakit². Rasa badan dah sekeping sangat. Pakai seluar pom londeh habis😜. Harap muka je sejenis bambam. Tunggulah betul² sihat nanti, sekelip mata berat akan naik semula😅.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)