Tuesday, January 31, 2017

Genap sebulan sesi persekolahan 2017

Asssalammualaikum & Salam Sejahtera

31.01.2017, genap sebulan sesi persekolahan berlalu. Cepat kan masa berjalan? Fasya pom dah darjah 3 tahun ni. Bila fikir-fikir rasa sayu.... cepatnya masa berjalan. Rasa nak anak tu jadi baby sampai bila-bila. Huhu.. Alhamdulillah, sesi persekolahan bagi tahun 2017 berjalan dengan baik sekali. Tapi, untuk awal tahun ni dah ada kecundang.. Fasya tak hadir sekolah selama 1 hari sebab asthma attack.. Mujurlah time kena tu jatuh hari Khamis (last day sekolah).. Kiranya cuti hujung minggu sempatlah berehat. Sekarang cuti seminggu sebab CNY,tapi.. tak de jalan kemana-mana sebab mama papa dah start kerja. So mereputlah kat rumah. Haha..

Sekadar menyimpan kenangan gambar-gambar yang sempat mamapapa snap.

Pic dari papa.. waktu balik sekolah.
Fasya yang ber-beg sekolah Pink tu..
Tigginya kain terselak.. haha

Memori Januari 2017 

 Me & mini me..
Ini je pic yang sempat snap pagi-pagi buta otw pegi school

Tahun ni Fasya just masuk kelas tuisyen untuk subjek math & Bi.
Sekadar isi masa lapang & memantapkan kemahiran dia.


L.O.V.E,
Lya Afrina

Monday, January 30, 2017

Shell Out by Kaler Cafe

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Lagi cerita last year, pekena Shell Out kat Kaler Cafรฉ. Sebenarnya sejak fenomena Shell Out ni, ada beberapa biji kedai yang berasaskan Shell Out telah dibuka di Kemaman ni. Ada juga, restoran sedia ada yang turut menyediakan hidangan ni. Setakat ni, saya baru mencuba Shell Out di 3 buah restoran yang berlainan. Setiap satunya ada keistimewaan tersendiri. Salah satu restoran yang saya test ialah Kaler Cafรฉ ni. Rasanya kat Kemaman ni, Kaler Cafรฉ ni lah restoran pertama yang menyediakan menu Shell Out. Lepas tu terus jadi fenomena. Saya sendiri pom nak ber’shell-out di rumah ajer, tapi plan hanya tinggal plan.. Haha.. Ntah bila menjadinya..

Dia terlebih eksited.. padahal dia makan nasi kosong jek.. haha
Fasya tak makan semua makhluk dari laut.. Ntah nape lah anak mama ni?

Tu diaaa.. dah sampai

Shell out kat sini dimasak kari & merah..
So far..sedap jettakkk orang teranung kata.. 

Info lanjut boleh follow IG Kaler Cafe & Page FB : Kaler Cafe

L.o.v.e,
Lya Afrina

Monday, January 23, 2017

Kejutan & Kisah Hujung Minggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga permulaan minggu ni bermula dengan baik.
Kelmarin MC sebab memang tak sihat ;-(
Caiyokkkk!! Semangat tu harus !
Sebenarnya tak tahu nak update pasal apa..
Tapi dah berazam 2017, nak lebih rajin update blog yang dah sendu ni.
Jadi seiring dengan keazaman tu... Kita hentam sajalah...
Ada gambar.... adalah kisahnya... Hehe..

Kejutan untuk mama
18.01.2017
Ni kerjaan anak dara mama.. Balik kerja minta terus hp mama. Lepas tu, masuk rumah suruh tutup mata. Hahaha.. Siyesss tak tahu ni.. Masuk je dalam.. Taraaaaaa... special untuk mama katanya.. Lepas tu, siap suh mama pegang hadiah & snap pic mama. Tu pic mama hasil tangan Fasya lah tu. Sebenarnya tak ada apa yang special pon hari tu, bukannya birthday mama or anniversary mama.. Saje-saje tu buat surprise untuk mama. Ini barulah betul-betul kejutan. Walaupon apa yang dia buat ni biasa-biasa je, tapi hati seorang mama sangat tersentuh dengan kesungguhannya.. Hadiah apa Fasya bagi??? Haaa.. dia beli beg mekap kat Koop sekolah..Harga RM2 katanya. Heheeh. Sekarang mama gi kerja memang dah guna beg mekap yang Fasya bagi ni. Mekasih sayang!


Kisah Hujung Minggu..
Kisah yang tak ada kisah sebenarnya.. Tapi dah ada gambar, kita simpan je kenangan kat sini. Hehe

Malam minggu gantung kuali...

19.01.2017
Biasalah, lepas solat Jumaat dalam pukul 3pm macamtu, bergerak ke Kuantan.
Jalan-jalan lenguhkan kaki je. Sekadar isi masa cuti untuk anak.
Kat sini sekarang hujan lebat, jadi berjalan dalam mall je jawabnya.

Ootd gittew... Hehehe

Salah 1 tempat yang kita masuk, KIODA.
Baru je buka cawangan kat Kuantan ni. Tapi kecil je.
KIODA ni semua barang-barang dari Korea, ala-ala Daiso.
Tapi kat cawangan ni tak banyak pilihan. Banyak mekap kat sini.
Sebenarnya cari juga Air Susu Pisang ke apa eh?? Yang femes tu.. Tapi dah habis!
Masuk sini, tersambar bantal Awan Nano tu. Hehe

Haaaa... ni dia punya drama masa otw gerak balik.
Nanti dah besor boleh la tengok ye.. Hehe.
Adalah tu sesuatu yang dia nak tapi tak dapat.
Wakakakaaa

14.01.2017

Ni kisah 2 minggu lepas. Melepak kat tepi Sungai Kemaman Idaman aje.
Eh..Fasya ni sekejap bertudung, sekejap tak..
Sebenarnya bila dengan papa dia, pakai je tudung lepas tu cabut balik sebab senget benget, dengan tak pakai broochnya.. Biasalah lelaki tak pandai bagi pakai.. Mama kerja on Sabtuday tu.. So lepas ambik mama kerja terus ke sini. Kalo mama ada, memang dah bagi pakai siap-siap. Nak beli tudung ala-ala Ariani terus pakai tu tak terbeli lagi. Senang sikit dia nak pakai, main saukk je.

Balik rumah... lepak-lepak kat laman sambil main dengan Mok Mok the Bulusss... 
Hehe.. Mok mok ni anak Caldina.

L.O.V.E,
Lya Afrina

Thursday, January 19, 2017

Resepi Udang Buttermilk Mudah & Ringkas

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Pernah makan tak udang goreng butter kat kedai??
Sedap kan?? Tapi kalo makan kat kedai tahu-tahu jelah harga seafood ni kan..
So, nak makan sepuas hati boleh cuba masak sendiri kat rumah.
Sebelum ni betul-betul ingat cerewet & susah cara nak buat..
Sampailah tergerak hati nak gugel resepi..
Mudah sangat caranya…Pejam mata pom boleh buat tau..
Tapi yang saya buat ni udang buttermilk atau udang butter basah..
Lepas ni nak cuba udang butter goreng yang guna telur tu..
Ok, meh nak share resepi udang butter yang sangat mudah ni..


Bahan-Bahan :-

* Beberapa ulas bawang putih ( saya cincang halus je)
* Cili Padi
 (Cincang - Letak ikut tahap kepedasan yang kita nak.. tapi kalo pedas sgt x sedap..biar soft2 je)
* Daun Kari
* Susu Sejat/Susu Cair
* Tepung jagung ( Untuk goreng udang tu)
* Minyak
* Butter

Bahan yang diperlukan... sangat ringkas kan !
Udang tu saya dah siap gaul dengan tepung jagung + garam

Udang yang dah siap di goreng...
Time ni harummmnya bau..

Cara-cara memasak :-
1. Gaulkan udang bersama sedikit garam+tepung jagung
2. Goreng sampai udang masak. Jangan lama sangat. Angkat & toskan.
3. Panaskan butter dalam kuali & tumis bawang putih + cilipadi yang dicincang beserta daun kari  sehingga naik bau..
4. Masukkan susu cair & kacau hingga mendidih. Letak ikut banyak kita nak. Saya suka letak banyak. Lemak berkrim gittu
5. Last, masukkan udang yang dah siap digoreng tadi.
6. Kalau nak kuah tu pekat, boleh lamakan sikit..kalo tak nak pekat sangat, sekejap je gaulkan. Macam saya suka cair-cair sikit, sebab bila sejuk nanti kuah akan pekat jugak.

Taraaaaa... sedia untuk dingapp!!!
Serius puas hati sangat!

Menu ni saya masak tahun 2016 dulu.. 
Dah lama tersimpan kat draft ni, tapi tak publish-publish.

Love,
Lya Afrina

Monday, January 16, 2017

Dina Fried Chicken : Ayam Goreng Sedap Setanding KFC

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Kejadian ni tahun 2016, tapi biasalah..tahun 2016 tahun yang agak lemau nak update blog.
Hari ni nak promot sikit salah satu tempat makan menarik di Kemaman.
Memperkenalkan "Dina Fried Chicken" atau kita sebut DFC.
Menu di Dina Fried Chicken ni ala-ala KFC. tapi ini keluaran orang kita ye. Haruslah support. 
Sebenarnya dah agak lama DFC ni beroperasi, tapi sejak kebelakangan ni semakin femes.
Serius saya cakap, ayam goreng kat sini sangat sedap & ranggup . Dengan saiz besar & isi segar (tak de lebam-lebam hitam tu). Dan pada pendapat saya, ayam goreng DFC ni memang setanding KFC...tapi bagi sayalah, lagi sedap dari KFC. Kalau tanya pada sesiapa yang dah pernah makan kat sini memang akan memilih ayam DFC. Memang recommended sangat ! Memandangkan anak mama ni suka sangat makan ayam, maka kat sinilah tempatnya.Menu yang disediakan boleh beli ala carte atau set (sama macam KFC tu). Selain tu, ada lagi hidangan lain yang disediakan.

Happy sangat dia boleh datang sini.
Mata dia nampak pelik sebab alah pada aircond..mulalah mata pedih & berair.

Nyummmss... memang ranggup & sedap!

Selain tu, cheezy wedges dia serius sedap! Dia punya coselow pon sedappp! 
Sayur segar , bila makan rasa fresh je..Tengok ayam tu, gebus-gebass gittu!
 Tapi sanggat ranggup!

Ok, pada yang jejak kaki ke Kemaman, wajib singgah rasa ayam goreng ala-ala KFC yang super duper sedap dan diyakini keluaran orang kita . Boleh follow IG DFC ni untuk tengok menu lain. Selain tu boleh search Dina Fried Chicken di FB.


crdt to :

L.o.v.e,
❤Lya Afrina❤

Monday, January 9, 2017

Kidzania best tak ?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Mari kita rapat-rapat,dekat-dekat...
Nak cerita sikit pengalaman ke Kidzania akhir tahun lepas..
Hehe.. yelah..cerita basi... dengar tahun lepas macam dah berkurun sangat kan?
Alhamdulillah, rezeki Fasya boleh bawak dia ke sini semasa cuti akhir tahun aritu.
Sebenarnya tak de plan pom nak bawa ke sini.. On the spot je ni bila buka website Kidzania.
Ingat nak bawa tempat dekat-dekat je, kat Gambang Safari ke...

23.12.2016
Best tak Kidzania??? Giler tak best kan! Serius mama sendiri pom terpukau dan terasa seronok tengok dia orang beraktiviti. Kiranya Kidzania ni sebuah bandar kanak-kanak yang lengkap dengan segala kemudahan kedai & organisasi. Sama macam dunia kita sebenar macamnana.. Ada balai bomba, polis, hospital,kilang Vitagen..pelbagai kedai, pasaraya, saloon, klinik gigi, courier service & LHDN pom ada tau.. Hehe.. Kalo nak sebut banyak lagi. Kalo tak silap ada sekurangnya 90++ tempat jugak. Apa yang menariknya, kat sini bukan sekadar bermain...tapi ada proses pembelajaran dalam setiap aktiviti. Kiranya dapat ilmu jugak kat sini. Kidzania ni juga mendedahkan kanak-kanak pada dunia pekerjaan sebenar. Kiranya, anak-anak boleh pilih untuk jadi "worker (pekerja)" atau "customer(Pelanggan)" dalam setiap tempat yang dia masuk. Andai pilih untuk menjadi pekerja, anak-anak akan dibayar gaji setelah selesai tugasan & sekiranya memilih untuk menjadi pelanggan, anak-anak perlu membayar mengikut amount yang telah ditetapkan.

Sebab pergi musim cuti sekolah..memang penuhlah orang. Terlalu ramai weh..semput dada mama. Ni ruangan ni xdelah nampak ramai mana.. Hakikat sebenar, jalan sentuh bahu weh.. Ingatkan pergi hari Jumaat, xdelah seramai ni. Sampai-sampai terkejut sangat.

Mana nak dapat tiket Kidzania? Tiket ni boleh je terus walk-in ke sini. Tapi kalo musim cuti sekolah or hujung minggu better booking 0n9 lah.. Sebab time saya sampai tu, serius terkejut sebab yang beratur wal-in tu penuh ruang legar. Sampai ke pintu. Mujurlah saya booking on9 melalui website dia https://www.kidzania.com.my/  . Kebetulan masa tu gatal tangan nak godek bahagian "promotion".. Ada banyak tawaran.. salah 1 promotion tu disc 30% untuk setiap tiket bila masuk code yang diberikan. Time booking tu, try je masukkan code tu.. Eh...dapatlah.. So berbaloi-baloi, leh jimat duit 30% untuk setiap tiket. Banyak jugak tu. Kalau booking on9 jangan lupa prnt tiket ni & pas masuk tu & bawa time  ke Kidzania nanti. Kalau tak print awal-awal nanti kena caj print dekat kaunter Kidzania plok.

Ni harga tiket masuk ke Kidzania.. 
Kiranya murah booking 0n-9 lagi la. Hehe

Breakfast Dulu....
Sebab awal-awal dah booking on9, jadi boleh rileks-rileks sikit sebab Kidzania buka pukul 10am. Jadi sebelum tu, kita breakfast kat Kafe Ikea. Pekena Meatball Ikea yang sangat sohor tu. Masa sampai ni dah awal, tapi banyak makanan dah tak de.. Huhu. Sedap ke meatball ni?? Mmmm... sedaplah jugak.. Rasalah daging tu & maybe sebab bila campur dengan jem blueberry tu jadi sedap kot.Macam ketagih plok. Dah siap breakfast terus ke Kidzania, jalan kaki je . Kereta awal-awal part dekat Ikea terus. 

Fuhhhhh.... Ramainya!
Sampai je, nak buka pintu.. Tanjat mama.. Penuh orang sampai kedepan sana. Yang bahagian booking on9 pom beratur panjang giler.. Aihhh... Bahagian ni pom dah ambk banyak masa . Yang booking on9, lajulah sikit gerak. Yang walk-in lagilah berjela..

Time beratur, pekerja ni terus pakaikan ni.

Lepas dah verification tiket dekat kaunter. 
Anak-anak akan diberikan cek CIMB sebanyam 50Kidzo. 

Terus ke CIMB Bank untuk tukar cek tu kepada tunai. 
Masa ni memang budak-budak kena buat sendiri. 
Kita just boleh tengok dari luar je.

Hasil selepas tukar cek.
Yeayyy..mok cik kayoo!!!

Team Accident & Emergency
Tempat pertama yang Fasya pilih adalah untuk bekerja disini.
Mereka akan diberi penerangan setiap tentang setiap task yang perlu dilakukan.
Selepas tu mereka akan rawat pesakit mengikut task yang diterima.
Lepas dah siap task ni, akan terima gaji.
Haaa...ingat senang ke nak dapat duit?

Z-Mart Mini Market

Dah penat kerja tadi kan??
 Dah dapat gaji.. so kita shopping. Jadi kat sini kena keluarkan duit Kidzo tu lah. 
Fasya diberi list barang yang perlu dibeli & dia akan shopping ikut list yang telah diberi tu.

Saloon 
Kira duit nak bayar tu.. hehe

Sekali lagi keluar duit kat sini.. 
Kata orang reward untuk diri sendiri . 
Hehe. Suka sangat lah dia kena mekap tu.

Kerja Kilang Vitagen
Dah banyak perabis duit. Kita cari kerja la plok. Kali ni pilih untuk bekerja di kilang vitagen. Dekat sini paling lama menunggu turn. Hampir 30min gak. Fuhhh ! Dekat sini anak-anak diajar cara pemprosesan air vitagen dan berpeluang buat mengikut proses dari awal hingga la ke packing. Last, dapatlah upah sebotol sorang vitagen hasil kerja dia orang.

Fashion Boutique

  Ni last tempat yang Fasya masuk. 
Diajar cara untuk berfesyen & catwalk atas pentas.

Balai bomba.. Comel sangat nampak budak-budak beruniform bomba beratur naik kereta bomba. Hehe. Untuk pengetahuan semua, kalo ke sini nak masuk balai bomba, Mc D & Flight simulators (pilot Air Asia).. Sampai-sampai je terus booking nama . Sebab 3tempat ni memang hot ! Kena booked nama siap-siap. Asalnya nak booking tempat untuk Fasya kat McD (buat burger+dapat burger yang dibuat tu) , tapi sesi pagi dah full.. Kalo nak memang kena masuk sesi petang. Fuhh.. Tak mampu nak menunggu.

Klinik Gigi
Beratur kemain nak jadi dentist kononnya.. 
Last2 blah, sebab Fasya tak nak menunggu dah.

Nampak macam tak banyak tempat masuk kan? Serius... Tak cukup masa.. Kalo nak masuk semua tu kena ambik masa berhari kot. Hahaa.. Bayangkan 1 tempat yang masuk tu akan spend paling kurang 20min. Kiranya untuk kepuasan maksimun kena spend masa dari pagi sampai ke petang. Tapi saya dah ada perancangan lain xleh nak spend lama-lama kat sini. Ni pom dah lari budget masa. Haha.. Kiranya dalam kul 2pm++ jugak keluar dari sini. Tu pom siap berdrama plok doh. Dok puas lagi.. Tapi tu lah, terlalu ramai.. Nak menunggu turn sekian hal. Takpe..in shaa Allah ada rezeki kita datang lagi. Boleh masuk mana-mana tempat yang tak masuk lagi. Mama dah la demam time tu.. Fuhhh.. Nak patah kaki duk dalam tu. 

Lepas drama... 
Kita lunch dulu kat Chicken Rice Shop 

Ikea !!!!
Wajiblah kesini.. Sebab dah lama nak beli kabibet tv ikea.. Sejak masuk rumah baru angkut kabinet tv lama yang papa Fasya beli tahun 2006 (lepas kawen). Fuhhh.. 10thn.. Dah tenggelam banjir tu tahun 2013. 

Gigih angkut masuk kereta. Kena jatuhkan seat belakang direct ke bonet atau boleh jatuhkan seat depan... Tapi mama+fasya kena duk kerusi belakang la. Hehe. Kabinet tv ni dipacking asing-asing 2box (box 1 & box 2). Pastikan ambik 2-2 box tu.

Tu dia kabinet tv ikea Byas. 
Harga mampu milik. Serius cantik sangat & permukaan glossy.. 
Senang nak lap. 

Keluar ikea, plan overnight semalam lagi. Keesokkannya gerak balik. Tapi buatnya malam - pagi esok bekalan air tak de..so terus berdesup malam tu jugak. Baru plan otw balik esokkan kononnya nak naik lah Bukit Tinggi. Itulah, kita hanya mampu merancang.. Tapi Allah menentukan segalanya.

Pengalaman pertama kali naik bass
Betapa eksitednya Fasya nak naik bas. 
Saja otw pergi bawa dia naik bas untuk rasai pengalaman tu. 

Punyalah jakun..
bangun tidur je jenguk tepi tingkap.
Tapi ni last kita naik ye.. Mama seriklah..kecut perut wehh!! 

1st time jugak jejak kaki kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan).
 Wow.. Besar terminal ni. Dah ala-ala airport. Semua kemudahan ada. 

Sekian kisah seorang mama untuk happykan satu-satunya anak dia. Demi mu anak, walau mama tak sihat pom... Tetap gagahkan diri. Yelah.. Rezeki anak jugak, boleh mama rasa tumpang jalan-jalan. Kalau bukan sebab anak, takdenya mama beria merancang cuti-cuti untuk family kecik kita kan.. Next destination in shaa Allah , Cameron Highland.. Doakan tabung CH saya cepat penuh demi realisasikan impian anak yang nak petik stoberi๐Ÿ˜€.

L.o.v.e๐Ÿ’˜,
Lya Afrina๐Ÿ‘ธ

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)